Thursday, October 30, 2008

The Next Nuri



Akhirnya EC725 berjaya menjadi pilihan TUDM bagi mengantikan Nuri. Jangkaan saya salah. Ini disebabkan jangkaan saya TUDM akan memilih rekaan terbaru seperti NH 90.

Jika dilihat rupa bentuk EC 725, ia kelihatan crowded dan kelam kabut kerana penambahan gajet seperti air refueling, senjata dan lain-lain. Oleh sebab ia direka 20 tahun dahulu, gajet tambahan tersebut tidak ambil kira. Tetapi heli ditempah Malaysia adalah brand new maksudnya dibuat dengan material terkini hanya rekaan lama.




EC 725 merupakan ugrade version dari EC532 Cougar, yang telah ditolak French Air Force untuk kegunaan Combat Search and Rescue atau CSAR. AC 532 diuji secara intesif pada 1996 sehingga 1999. Setelah gagal terpilih, perubahan dibuat ke atas spesifikasi asal dan dinamakan EC725. Pada 2002, tentera darat mereka telah menempah 8 buah EC725 manakala tentera udara Perancis pula menerima 1 daripada 8 untuk kegunaan CSAR pada tahun 2005.

Helikopter versi Malaysia pula antara versi terhangat kerana kos sebuah adalah RM 193juta, lebih tinggi daripada Brazil yang membelinya 83 juta. Ganjil kos kegunaan tentera Brazil telah pun melibatkan kos pembinaan pusat penyelengaraan, tetapi helipkopter Malaysia pula dibayar 110 juta( baki dari 193 juta, katakan sebuah helikopter adalah 83 juta ) lebih dan alasan untuk baki itu membina pusat penyelengaraan. Walhal telah pun wujud pusat penyelenggaraan untuk Eurocopter di Malysia sejak dulu lagi( tidak dipastikan tetapi mungkin sebelum 2002 lagi ).

RUPA EC725



Dimensions
Main Rotor Diameter 16.2m
Tail Rotor Diameter 19.5m
Height to Top of Main Rotor Head 4.6m
Maximum Height to Top Turning Tail Rotor 4.97m
Width Fuselage 2.1m
Length 8.22m

(rujukan http://www.airforce-technology.com/projects/ec725/)



Persenjataan untuk perlindungan helikopter dan infantri yang ialah 7.62mm. Selain itu juga terdapat meriam 20mm dan roket.



Menarik, struktur dalamanya telah direka bersedia untuk terhempas dan mengelak strukturnya badannya kemek menyebabkan penumpang tersempit. Namun hakikatnya sebagai "flying machine" jika terhempas pada tahap tidak boleh ditanggung manusia akan menyebabkan kecederaan dalaman yang serius seterusnya akan mati.




Begitu juga dengan Nuri, di kalangan masyarakat Malaysia mengelarnya keranda terbang. 40 tahun adalah cukup untuk menamatkan tempoh perkhimatanya kerana rangka serta strukturnya telah mencapai tahap gegeran melampau batas menyebabkan ia tidak selamat lagi digunakan. (Maaf tiada kaitan dengan artikel, cuma luahan tidah puas hati, we lost good soldiers....)

EC725 boleh membawa 28 infantri, seorang chief of stick dan dua krew. Jumlah kesemua 31 orang. Masalahnya kedudukan kerusi penumpang yang tidak sesuai. Sepatutnya penumpang berhadapan satu sama lain. Ini memberi keluasan yang lebih selesa dan membolehkan peralatan tambahan dibawa. Malang kedudukan site sedemikian bagi tidak menghalang kedudukan pintu keluar. Pada pandangan saya heli terkini sepatutnya mempunyai pintu belakang kerana ia memberi kelebihan dari sudut operasi seperti untuk tugasan ambulans kerana memudah membawa strecher dan peralatan perubatan lain.




Namun demikian melihat kepada sususan NH90, site penumpang boleh diubah mengikut kesesuain operasi yang mana saya percaya EC725 juga boleh berbuat demikian. Sitenya adalah diperbuat daripada kanvas mudah alih yang berketahanan tinggi dan bukannya site kekal (permanent).

'Spheriflex' main and tail rotorheads



EC725 mengunakan rotor "Spheriflex" yang disambungkan kepada lima bilah( setiap satu 16.2m)yang diperbuat daripada komposit dan mempunyai susunan yang menyumbangkan low vibration .

Untuk gear boxnya pula terdapat emergency lubricantion spray yang memberi kelebihan 30 minit penerbangan tanpa minyak enjin( disebabkan berlaku kebocoran enjin).



Heli ini menggunakan dua enjin Turbomeca Makila 2A turboshaft yang membekalkan kuasa 1.8kW. Ia adalah peningkatan 14 % daripada enjin lama. Untuk mengurangkan thermal ia dilengkapi infrared suppression system.

Dengan kawalan digital, penerbangan EC725 lebih efensi. Sebagai contoh kawalan enjinnya mengunakan FADEC- Full Authority Digital Engine Control.

Kesimpulan Dalam Dilemma

Kini kerajaan Malaysia menangguhkan pembelian EC725 disebabkan tekanan politik dan ekonomi. Jika pembelian tersebut tidak dibuat sehingga Febuari tahun hadapan, maka kosnya akan meningkat lagi.

Tentera pula kritikal untuk menukarkan Nuri yang kini usang dan uzur. EC 725 merupakan peluang untuk pemilikan baru yang bakal membawa gelaran " The Latest Flying Horse For The Army". Dengan teknologi terkini, EC 725 bakal membawa kemampuan tentera kita ke peringkat tentera generasi ketiga.

Apa pun kita sama-sama menanti dilemma bilakah penerimaan EC725 dalam inventori ATM.



p/s To be or not to be.....?

referance: 1. http://www.airforce-technology.com/projects/ec725/