Thursday, January 29, 2009
Scorpene
Akhirnya, selepas menunggu 9 tahun, kapal selam pertama TLDM akan mula beroperasi di perairan Malaysia dipertengahan tahun ini.
Masa yang diambil untuk perolehan akan Scorpene agak lama dan mungkin disebabkan sistem latihannya mengoperasikan kapal selam.
Berbeza kapal selam scorpene O' Higgins Tentera Laut Chile dilancarkan pada 2003 dan diterima perkhimatan pada 2005- hanya mengambil masa dua tahun sahaja. Dari sudut tentera laut Chile, mereka sendiri telah mempunyai kebolehan dan pengalaman mengoperasikan kapal selam.
Masa yang diambil TLDM pula adalah 3 tahun untuk latihan intensis anggota TLDM di Bresr, Perancis dan sebanyak 142 anggota menjalani latihan tersebut.
Menurut sebuah majalah pertahanan untuk menjadi kapten sebuah kapal selam, memerlukan pengalaman 8 tahun di dalam kapal selam dan persoalannya 3 tahun intesif benar-benar melayakan TLDM mengoperasi kapal selam secanggih Scorpene.
Kapten KD Tunku Abdul Rahman perlu membuktikan dirinya dalam hal ini.
Apatah lagi bersaing dengan kapal selam negara jiran yang lebih berpengalaman beroperasi di kawasan Selat Melaka dan Laut China Selatan, ia adalah cabaran utama krew KD Tunku Abdul Rahman dan akan datang krew KD Tun Razak.
Kos terhad bagi kerajaan Malaysia adalah faktor yang sering membantutkan industri pertahanan negara. Akibatnya apabila kemasukan aset berteknologi tinggi, industri tempatan tidak dapat menerima ToT atau Transfer of technology. Peluang sedemikian sering kali terlewat diambil kesempatan. Kita sepatut mencontohi India sebagaimana usaha mereka dalam video dibawah.
Berikut adalah spefikasi Scorpene:
Specifications
Crew 31
Dimensions
Overall Length 63.5m
Draught 5.4m
Submerged Displacement 1,590t
Surface Displacement 1,450t
Pressure Hull Weldable and High-Tensile Steel 80HLES, more than 700Mpa
Performance
Maximum Operating Depth 350m
Submerged Speed Over 20 kt
Range (at 8kt) 6,400nm
Endurance 50 days
Weapon Systems
Torpedoes / Missiles Six 21in torpedo tubes for 18 torpedoes / missiles
Kita hanya mengoperasi Scorpene Basic tanpa MESMA-AIP(air-independent propulsion)dan kemungkinan ditingkat upaya pada masa hadapan bergantung kepada buget negara.
Semoga kemasukan aset kapal selam akan meningkatkan kemampuan tempur TLDM.
p/s Dolphin melambangkan kebijaksanaan selain mempunyai pergerakan yang lincah didalam air.
Labels:
kapal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment